USAHAWAN KRAF TANGAN 

Nama : Nur Adilah Binti Ahmad Asim
Umur : 29 Tahun
Ahli PI : 2018

 

Latar Belakang

Mula perniagaan pada 2020 secara kecil kecilan. Beliau bermula menjalankan perniagaan mereka kraftangan unik dengan menerima tempahan mencipta corak di cashing telefon bimbit, keychain yang dipanggil resin dan menjadi agen henna (inai celup tangan). 

Sebelum ini beliau hanya ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan sahaja. Sehingga la petugas mengetahui mengenai perniagaan beliau dan telah menawarkan kepada beliau untuk memberi tunjuk ajar bagi menambah baik kan lagi promosi perniagaan beliau. Selepas mendapat sambutan terhadap perniagaan, beliau mula memasarkan perniagaan beliau melalui platform-platform media yang ada termasuklah yang terbaru iaitu tiktok.

 

Sebelum Penglibatan PIK

Pada peringkat awal, beliau hanya menggunakan perkhidmatan melayari internet dan cetakan di pusat internet sahaja.

 

Selepas Penglibatan PIK

Pihak PIK telah mengetahui mengenai perniagaan beliau dan membantu beliau mencadangkan untuk lebih mempromosikan perniagaan beliau ke medium yang lebih baik. Beliau telah didedah dan diajar untuk membuat perniagaan atas talian selain daripada facebook, instagram dan whatsapp.  Beliau turut menyertai program-program yang telah dijalankan oleh pihak PIK.