Ayam Perap Cik Nis Kitchen di usahakan oleh Puan Hanisah binti Mustafa.  Beliau merupakan anak peneroka Felda Lurah Bilut dan merupakan salah seorang usahawan yang bergiat aktif di Felda Lurah Bilut. Puan Hanisah merupakan pengguna Pusat Internet dan sering ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di sini. 

Puan Hanisah mula bergiat aktif menjual ayam perap pada pertengahan tahun 2016.  Beliau meniaga secara kecil-kecilan sahaja hanya menjual dirumah. Beliau akan mengambil oder melalui aplikasi whtsap atau facebook. Perapan ayam ni dibuat sendiri oleh Puan Hanisah dengan menggunakan ramuan turun temurun beliau. 

Permulaan kos dalam perniaggan beliau hampir kepada RM500 hingga RM700.  Selepas perniagaan beliau mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan yang berdekatan. Pendapatan beliau meningkat hampir mencecah ke RM1000.  Selain itu, beliau sering mempromosikan Ayam Perap beliau di media sosial seperti Facebook , Whatsapp group dan aplikasi MyShop Dashboard.  Untuk keterangan lanjut mengenai Ayam Perap Cik Nis Kitchen boleh la ke lawan web Facebook beliau : https://www.facebook.com/hanisah.mustapa

18619935 1262844997147680 5030163229808134665 n 18740719 1266362953462551 2252199060712131033 n