Belootz Enterprise diusahakan oleh usahawan online sepenuh masa iaitu Siti Nurul Faizah merupakan anak peneroka Felda Lurah Bilut yang berumur 26 tahun. Beliau menjual pelbagai jenis kek dan cookies mengikut tempahan customer.

Merupakan anak ketiga pasangan Sabriah bt Mat Lias dan Abu Hassan bin Abdullah. Pernah belajar di SK Lurah Bilut dari tahun 2000 hingga 2005 dan SMK Lurah Bilut dari tahun 2006 hingga 2010. Tamat persekolahan, menyertai PLKN selama tiga bulan pada tahun 2011. Selepas tamat PLKN, dia pernah bekerja di kedai buku selama 5 bulan. Pada tahun 2012, beliau menyertai GIATMARA selama 6 bulan dalam bidang ‘Confectionary and Bakery’.

Setelah tamat sahaja GIATMARA, beliau mula membuka perniagaan ‘Bakery’ yang diberi nama Belootz Enterprise dan sehingga sekarang perniagaan berjalan dengan lancar. Menurutnya, 'pertama kali melihat PI saya hanya membayangkan ianya sama fungsi seperti ‘cybercafe’ yang ada disekitar kawasan ini. Rupanya andaian saya kurang tepat. PI bukan sahaja tempat untuk melayari internet malah ada juga disediakan tempat latihan. Bagi mana-mana individu yang ingin memantapkan pengetahuan berkaitan ICT saya rasa PI adalah tempat yang paling sesuai kerana apa yang dipelajari di luar sama sahaja dengan yang di pelajari di PI.

Selain daripada kek, beliau juga menerima tempahan untuk membuat kuih raya. Sambutan terhadap perniagaannya amat menggalakkan. Tempahan bukan sahaja daipada komuniti setempat, malahan juga daripada kawan-kawan laman sosial beliau. Antara tarikan utama Siti Nur Faizah untuk datang ke PI adalah kerana kadar bayaran yang rendah sesuai untuk penduduk kampung yang berpendapatan sederhana, kemudahan yang disediakan yang sememangnya lengkap dan bilik latihan yang lengkap dengan kelengkapan untuk belajar. 

FAIZAH