Puan Zarinah Nor merupakan pengusaha kraftangan buluh Felda Lurah Bilut yang mengusahakan hasil kraftangan beliau sendiri. Beliau menyediakan perkhidmatan menghasilkan kraftangan berdasarkan tempahan daripada pelanggan. Sehingga kini, beliau sendiri mempunyai pelanggan tetap hasil kraftangan yang dijual luar daripada Felda Lurah Bilut.

Puan Zarinah telah memulakan penghasilan kraf buluh daripada zaman beliau muda lagi. Disebabkan minat yang mendalam kepada penghasilan kraf buluh, beliau telah dapat menghasilkan produk-produk berasaskan buluh. Beliau di bantu oleh dua orang pembantu. Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan modal permulaan untuk beliau membeli barang-barang peralatan untuk penghasilan kraf buluh. Kini, purata pendapatan beliau sebanyak RM700-RM1,000 sebulan mengikut harga pasaran. Antara produk kraf buluh yang mendapat sambutan adalah bekas hantaran kerana keunikan dan kehalusan pembuatan kraf tersebut. Hasil tangan beliau juga turut di pamerkan di Muzium Felda Lurah Bilut.  Puan Zarinah juga pernah mengikuti kursus usahawan anjuran dari Pusat Internet dan kursus lain yang di jalankan di Pusat Internet.  Kami petugas Pusat Internet mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang keusahawan kepada Puan Zarinah Nor.

WhatsApp Image 2018 10 16 at 4.29.11 PM