"Bilut Nangka Madu 888" diusahakan oleh Puan Nur Saidatul Laila.  Beliau aktif menjual sejak 4 tahun yang lalu.  Beliau mempunyai gerai sendiri di alamat Lot 6776 Jalan Bilut Raub, Felda Lurah Bilut, Bentong.  Gerai beliau juga berdekatan dengan tempat rekreasi Bilut Extreme Park.

Nursaidatul Laila telah menjual buah nangka madu secara offline dan online di sekitar Felda Lurah Bilut dan berdekatan denganya.  Beliau juga membuat perkdimatan penghantaran kerumah di sekitar (F) Lurah Bilut sahaja.  Selain nangka madu, beliau juga ada menjual pelbagai buah tempatan iaitu durian, rambutan dan nenas.  Buahan tersebut mengikut musim dan tempahan pelanggan. 

Untuk permulaan berniaga, pendapatan Nur Saidatul Laila sekitar RM600 hingga RM1200 sahaja sebulan.  Malah jumlah buah juga tidak banyak dan kurang tempahan.  Ketika itu beliau hanya menjual buah nangka madu sahaja promosi pengiklananya kurang kerana beliau tidak pandai. 

Selepas menglibatkan diri ke kelas usahawan di bawah Pusat Internet, beliau semakin mahir dalam penggunaan internet dan komputer.  Malah beliau juga pandai untuk mempromosikan perniagaan di laman sosial seperti facebook dan whatsapp group.  Kini perniagaan beliau juga telah memiliki akaun page iaitu @Bilut Nangka Madu 88.  Pendapatan beliau kini mencecah RM1500 hingga RM3000.

20545289 1385106894877323 3197552453814905981 o