Felda Lurah Bilut dilengkapi dengan kemudahan pendidikan kepada anak-anak Felda antaranya ialah Tabika KEMAS, PDK, SekolahKebangsaan, SJK (Cina), SJK (Tamil), Sekolah Menengah dan perpustakaan desa.  Ini memudahkan anak-anak di dalam Felda ini untuk pergi ke sekolah. Pendidikan adalah salah satu yang dititikberatkan oleh pentadbiran Felda Lurah Bilut. Ini untuk memastikan bahawa anak-anak Felda tidak ketinggalan dalam bidang akademik. Disebabkan komuniti Felda Lurah Bilut terdiri daripada berbilang bangsa, maka sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil juga telah dibina. Bukan itu sahaja, ibu bapa kaum melayu juga ada yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan itu.  

Ini bertujuan untuk anak-anak mereka dapat mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa melayu dan bahasa inggeris. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pula adalah pendidikan yang diberikan kepada golongan OKU yang tidak melepasi syarat untuk memasuk sekolah permulihan di dalam sekolah kebangsaan dan menengah. Secara khususnya, Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedai pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. 

 

SJKC

SJK Cina Lurah Bilut

SKJT

SKJ Tamil Lurah Bilut

SK

SK Felda Lurah Bilut       

SMK

 SMK LKTP Lurah Bilut 

tabikakemasflurahBilut

Tabika Kemas Felda Lurah Bilut

KELAS LITERASI

Literasi Felda Lurah Bilut

PDK

PDK Felda Lurah Bilut

UITM KAMPUS RAUB 

Untuk pengentahuan semua, di daerah Raub, Uitm telah ditubuhkan terletak di Mukim Gali. Ia merupakan cawangan Uitm Pahang yang dikenali sebagai kampus Raub. Kampus Raub terletak tidak jauh dari Felda Lurah Bilut antara kira-kira 10 KM sahaja. Selain itu, ramai anak-anak Felda Lurah Bilut yang telah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pelajaran mereka di Uitm Kampus Raub ini. Ianya didirikan melalui perancangan oleh  pengurusan tertinggi UiTM bagi memberikan lebih banyak peluang pembelajaran terutama kepada kaum bumiputera.

Kampus ini telah dibina secara Private Financial Initiative (PFI) oleh Syarikat konsesi Utusan Intelek Sdn. Bhd.  Keluasan kampus ini adalah 80 ekar dan keluasan yang digunakan untuk pembangunan adalah seluas 30.5 ekar.   Pembinaan kampus ini telah bermula pada 1 November 2012.

Majlis Pecah Tanah kampus ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada 4 Mei 2013. Setelah 3 tahun pembinaannya, kampus ini telah berjaya disiapkn pada 31 Oktober 2015.

Kampus Raub ini turut dilawati oleh KDYTM Tengkku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkokta Pahang pada 28 Jun 2015.  Kampus ini telah diserahkan sepenuhnya kepada UiTM Cawangan Pahang pada 13 November 2015. Dengan penerimaan tersebut, kampus raub telah mula beroperasi pada 29 November 2015.