Tarikh : 22 & 23 Februari 2020
Masa : 7.30 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi

: Dewan Serbaguna Felda Lurah Bilut

Peserta : Komuniti Felda Lurah Bilut

 

Tujuan 

Program yang pertama kali diadakan di (F) Lurah Bilut ini anjuran Aeon Credit Service (M) Bhd selama 2 hari. Bertujuan untuk beramah mesra serta mengenali warga (F) Lurah Bilut serta menganjurkan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat dengan pelbagai hadiah yang menarik.

 

Aktiviti 

Program berlangsung selama 2 hari iaitu Sabtu & Ahad.

Sabtu

  • Sesi pagi diadakan aktiviti fun run & fun ride kepada komuniti setempat dan sekitar yang berdekatan kawasan (F) Lurah Bilut. Seramai 300 orang menyertai pertandingan tersebut.  Disamping itu diadakan gotong royong di Masjid (F) Lurah Bilut bersama krew Aeon Credit .
  • Sepanjang program diadakan pendaftaran cabutan bertuah dan pendaftaran pengunjung sehingga jam 4.00 petang. Pelbagai gerai jualan turut berlangsung.

 

Ahad

Sesi pagi berlangsung pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 6 tahun dan pertandingan masakan. Iaitu pertandingan memasak rendang & pertandingan memasak puding. Program berlangsung sehingga jam 12 tengahari.  Penutupan program ini berlangsung dengan cabutan bertuah grand prize tajaan oleh Aeon Credit Service (M) Bhd. Klik gambar penuh disini

85178631 646224332825574 7062111186036195328 n 86831288 806642036502635 6554558257669603328 n

Perasmian program & cabutan bertuah untuk grand prize.