1. 1. S : Apakah peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?

: ● Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan Kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan Latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

2. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam  kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

3. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing. Fokus NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

 

2. S: Berapakah jumlah NADI yang ada di seluruh negara ketika ini?

 J : ● Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADI dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. NADI juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta. 37 NADI baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022. Sementara sebanyak 173 NADI akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 NADI. NADI ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022. Ini menjadikan sebanyak 1,083 NADI beroperasi di seluruh negara.

 

  1. 3. S: Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADI?

J : ● Menerusi transformasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:

  1. Pertamanya, menaik taraf kepada NADI yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro, Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap NADI bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat setempat; Ketiganya, setiap NADI akan mempunyai IKON Usahawan NADI dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan; Keempatnya, 600 Rakan Digital NADI akan dilantik di 600 NADI terpilih bagi turut membantu memberi matlumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro NADI; dan Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di NADI bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

 

  1. 4. S: Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di NADI?

: ● Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:

  1.     1. Latihan ICT,
  2.     2. Latihan Keusahawanan,
  3.     3. Latihan Multimedia,
  4.     4. e-pembelajaran,
  • Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan. Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.

 

  1. 5. S : Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan NADI dapat dicapai dengan efektif?

J : ● Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan NADI sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADI diwujudkan di semua NADI di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat NADI adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktivit berkaitan NADI serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di NADI tersebut.

  • Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/NADI adalah membantu dalam memastikan NADI mendapat sambutan komuniti setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan ekonomi berkaitan NADI. Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program yang dijalankan di NADI bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO, kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan aktiviti dan program di NADI, serta membantu dalam penyaluran maklumat[1]maklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di NADI kepada kumpulan sasar dan masyarakat.

 

  1. 6. S: Apakah peranan Rakan Digital NADI?

J : ● Seramai 600 Rakan Digital NADI akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke NADI tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus.

  • Rakan Digital NADI akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta akan membimbing mereka ke arah ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika diperlukan.

 

  1. 7. S : Apakah peranan Ikon Usahawan NADI?

J :● Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon Usahawan NADI iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

  • Sebagai contoh Puan Normala di NADI Kg. Durian Tawara, Bera, Pahang yang dikenali oleh masyarakat setempat. Ini secara langsung memberi akses untuk usahawan lain berinteraksi untuk mendalami pendekatan yang boleh memberi kejayaan kepada usaha mereka sendiri.

 

  1. 8. S : Apakah usaha yang akan diambil oleh NADI untuk memperkasakan

usahawan luar bandar dan miskin bandar?

J : ● NADI akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta.

  • Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya. Program ini bermatlamat untuk mendorong 800,000 usahawan kecil beralih kepada pendigitalan menjelang tahun 2025. Melalui program berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan pengeluaran dan produktiviti yang akan menjana keuntungan, mengekalkan perniagaan serta pekerjaan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

 

  1. 9. S: Apakah usaha ini dipantau?

J: ● Kesemua aktiviti akan dipantau impaknya. Impak adalah dari segi peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang telah menjalani bimbingan dan Latihan di NADI.

  • Adalah disasarkan agar purata peningkatan usahawan mikro adalah sebanyak tidak kurang dari 30% berbanding dengan pendapatan sebelum memasuki Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil. Melalui pemantauan yang rapi ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat bertindak tangkas bersama agensi kerajaan lain serta pihak swasta untuk memperkemaskan aktiviti agar lebih mantap dan sesuai bagi usahawan mikro. Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 22 Novermber 2021 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini.

 

  1. 10. S: Bagaimanakah cara untuk saya memohon NADI di kawasan saya?

J: Pemilihan lokasi NADI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan NADI adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).

 

  1. 11. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek NADI?

J: Proses pelaksanaan NADI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.

 

  1. 12. S: Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek NADI? Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka NADI ini?

J: Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.

 

  1. 13. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI?

J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

 

  1. 14. S: Siapakah yang boleh mengunjungi NADI?

J: Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

 

  1. 15. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di NADI?

J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

 

  1. 16. S:Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di NADI?

J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.

 

  1. 17. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di NADI. Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?

J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus NADI yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

 

  1. 18. S: Apakah perbezaan di antara NADI dengan cybercafe sediada?

J: Setiap penggunaan komputer NADI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.