Sugar Nome Homade diusahakan oleh usahawan online sepenuh masa iaitu Nurul Najwa binti Ahmad merupakan cucu peneroka Felda Lurah Bilut yang berumur 29 tahun.  Beliau menjual pelbagai jenis kek, kuih raya,  dan sebagainya yang dibuat sendiri oleh beliau. 

Cik Najwa telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan di dalam Felda Lurah Bilut. Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 2014. Pada mulanya hanya komuniti sekitar sahaja yang mengetahui mengenai perniagaan beliau dan tempahan dibuat melalui telefon atau pelanggan datang sendiri ke rumah beliau bagi mengetahui stok masih ada atau tidak. Namun setelah mendapat permintaan ramai beliau telah mengembangkan perniagaan secara berperingkat dan kini beliau memiliki tagging nama produk sendiri.

Beliau memulakan perniagaan dalam bidang ini dengan bermodalkan sebanyak RM2000.00 sahaja dengan secara kecilan dan kuantiti produk yang sedikit. Produk juga di jual hanya sekitar rumahnya sahaja.  Setelah mendapat sambutan yang hebat beliau kini makin maju dan kuantiti produknya juga semakin bertambah. Kami dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Lurah Bilut mengucapkan tahniad dan selamat maju jaya dalam bidang perniagaan.

ciknajwa8