Sindiket Macau Scam kini lebih bijak daripada mang­sanya apabila semakin ramai scammer menyamar sebagai anggota agensi penguatkuasaan dan meminta maklumat peribadi anda berhubung dakwaan kes yang disabitkan ke atas anda.

MCMC menasihati masyarakat supaya jangan mudah panik atau mempercayai panggilan seumpama itu.

Jangan jadi mangsa SCAM! Laporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau rujuk terus kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan #NSRC di talian 997.

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Klik Dengan Bijak

#MCMC

 

MACAU