Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

RM10 juta telah diperuntukkan bagi mengukuhkan peranan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) dalam usaha menangani masalah scam yang semakin berleluasa.

NSRC telah dibangunkan membabitkan usaha sama antara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bagi tujuan ini.

Kesemua organisasi tersebut akan bekerjasama dengan institusi kewangan dan akan mula beroperasi serta mengambil tindakan berpandukan kepada laporan-laporan yang diterima untuk menyekat akaun serta mengambil tindakan ke atas penjenayah.

 

NSRC