INISIATIF 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB) telah mencapai 50% liputan kawasan berpenduduk pada akhir tahun 2022.
Menjelang hujung tahun 2023, sasaran bagi liputan rangkaian 5G adalah 80% kawasan berpenduduk.
Peralihan evolusi teknologi komunikasi mudah alih kepada teknologi 5G akan melengkapkan kesalinghubungan internet yang berkualiti tinggi dan mentransformasikan pembangunan ekosistem digital di Malaysia dan meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup rakyat.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak