Password atau kata laluan adalah benteng pertahanan pertama dalam usaha melindungi dari ancaman siber.
Menggunakan kata laluan yang sama pada setiap aplikasi Internet termasuk emel akan mendedahkan anda kepada risiko di mana penjenayah siber akan mudah untuk menceroboh dan mencuri maklumat peribadi anda.
Maka, bina kata laluan yang kukuh; jangan berkongsi kata laluan dengan sesiapa jua; dan ganti kata laluan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
Dengan memiliki kata laluan yang berbeza, anda dapat mengelakkan dari pencerobohan serta kecurian maklumat.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak