Waspada dengan pelbagai modus operandi penipuan dalam talian yang digunakan dalam usaha memanipulasi mangsa.

Berhati-hatilah dan timbang-tara sesuatu tawaran dengan penuh teliti dahulu. Jangan terpedaya dengan tawaran yang tidak munasabah.

Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah penipuan, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Klik Dengan Bijak

 

penipuan E dagang