1. β€˜π˜Ύπ™ƒπ™€π˜Ύπ™†β€™ π——π—”π—›π—¨π—Ÿπ—¨!

Siasat penulis! Pastikan indentiti serta kelayakan/ latar belakang yang dimiliki berkaitan dengan kandungan yang ditulis.

2. π—•π—”π—‘π——π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—‘!

Buat perbandingan dengan beberapa sumber lain yang berkaitan dan berkredibiliti.

3. π—§π—˜π—Ÿπ—œπ—§π—œ π—žπ—”π—‘π——π—¨π—‘π—šπ—”π—‘

Fahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis melalui penyebaran kandungan tersebut.

4. 𝗖𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—¦π—˜π—œπ— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘

Nilai maklumat tersebut daripada pelbagai sudut bukan hanya daripada pandangan anda semata-mata

5. π—™π—”π—žπ—§π—” 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗔𝗨𝗧𝗔

Membuat perbandingan sama ada maklumat tersebut berdasarkan fakta atau hanya pandangan penulis sahaja.

6. β€˜π˜Ύπ™‡π™„π˜Ύπ™† π˜½π˜Όπ™„π™β€™

Tajuk yang pelik, sensasi dan sebagainya berkemungkinan ia adalah berita yang dimanipulasi untuk mengaut keuntungan atau niat melakukan jenayah siber.

7. π—–π—˜π—₯π—œπ—§π—” β€˜π™π™€π˜Ύπ™”π˜Ύπ™‡π™€β€™

Pastikan hanya maklumat terkini dan BUKAN LAMA yang dikitar semula.

Bagi laman web, periksa kandungan yang telah dikemaskini.

8. π—¦π—˜π—•π—˜π—‘π—”π—₯𝗑𝗬𝗔.𝗠𝗬

Portal ini bertujuan untuk menyemak dan melaporkan berita yang tidak ditentukan kesahihan cerita/ berita di dalam talian. Inisiatif ini diharap dapat menangani ancaman berita palsu dalam negara.

Kempen KDB Positif β€˜n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Klik Dengan Bijak

berita palsu 2