Berhati-hati jika anda menerima panggilan yang tidak dikenali.
Jika panggilan tersebut mencurigakan dan meminta butiran sensitif, segera tamatkan panggilan.
Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak