NaDi

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berkuat kuasa 1 Mac 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata , seiring nama baharu berkenaan, peranan kesemua 911 pusat Nadi atau PEDi sebelum ini di seluruh negara, termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini, akan diperluas.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubungi pengurus NADI seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaan dilakukan dengan tertib dan baik. "Lebih daripada penjenamaan atau menamakan semula PEDi kepada NADI, ada beberapa aktiviti yang akan direncanakan semula. Contohnya kita akan tingkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat, selain menjadikan Nadi, pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan," katanya.