DIKEMASKINI 28 MAC 2020

Terkini ujian #COVID19 di Malaysia berjumlah 35,516 kes dan termasuk 2,320 kes atau 6.5% adalah disahkan positif. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 320 kes.

Sehingga 28 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.

Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 27 kes.

Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2162 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020.Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi. - KPK @DGHisham

photo6053201837990980206

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia