Dikemaskini setakat 2 April 2020, jam 5 petang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 122 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes (24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan KKM bekerja keras menangani wabak ini. 

Sehingga 2 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes. Sehingga kini, seramai 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan lima (5) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

-> kematian ke 46 (kes ke  2909) mempunyai sejarah penyakit kronik dan rendah imuniti.  Beliau seorang lelaki yang berumur 37 tahun dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor. 

-> kematian ke 47 (kes ke 2910) mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan gout.  Beliau seorang lelaki yang berumur 78 tahun dan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor. 

-> Kematian ke 48 (kes ke 2572) mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.  Beliau seorang lelaki yang berumur 61 tahun dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

-> Kematian ke 50 ( kes ke 1767) tiada sejarah penyakit dan masih dalam siatan.  Beliau seorang lelaki yang berumur 69 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan. 

situasi 2 april 2020

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia