Dikemaskini 5 April 2020, jam 5 petang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,005 kes (27.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 5 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 179 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,662 kes. Daripada 179 kes ini, 46 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling. Sehingga kini, seramai 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 61 kes (1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Kes kematian ke-58 (kes ke-2210) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.  Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positf #COVID19 (kes ke-1031).  Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 1.37 tengah hari. 

Kes kematian ke-59 (kes ke-3484) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.  Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020.  Bliau disahkan meninggal duni pada 4 April 2020 jam 3.40 pagi. 

Kes kematian ke-60 (keks ke 3073) merupakan lelaki warganeagara Malaysai berumur 53 tahun.  Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawat pada 31 Mac 2020, beliau disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020, jam 12.39 pagi.

Kes kematian ke-61 (kes ke-2200) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.  Beliau telah dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac 2020.  Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April jam 9.36 malam. 

status covid 5 april

kes positif mengikut negeri 5 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia