Dikemaskini pada 10 April 2020, jam 5 petang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 222 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,830 kes (42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 10 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 118 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,346 kes. Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga kini, seramai 69 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 70 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

(1) Kes kematian ke- 68 (kes ke-694) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.  Beliau juga mempunyai kontak rapat kepada kes ke-159 iaitu Kluster Seri Petaling. Beliau dimasukkan ke Hospital Queen Elizebeth, Sabah.

(2) Kes kematian ke-69 (kes ke-4229) merupakan lelaki wagraneaga Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.   Beliau di masukkan ke hospital Kuala Lumpur. 

(3) Kes kematian ke-70 (kes ke-4230) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 88 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia.   Beliau juga kontak rapat kepada kes ke-1684.   Beliau di masukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

status covid 10 april

kes positif mengikut negeri 10 april

Sumber telegram channel Kementerian Kesihatan Malaysia