Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 12 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 153 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,683 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 113 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,108 kes.  Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 66 orang dan 37 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 3 orang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 76 kes

(1) Kes kematian ke-74 (kes ke-4531) merupakan seorang lelaki berumur 54 tahun.  Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.  Beliau di masukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan. 

(2) Kes kematian ke-75 (kes ke-3469) merupakan seorang lelaki berumur 90 tahun.  Beliau mempunyai sejarah penyakit kencing, darah tinggi dan penyakit jantung.   Beliau di masukkan ke Hospital Taiping, Perak.

(3) Kes kematian ke-76 (kes ke-4314) merupakan seorang perempuan berumur 47  tahun.  Beliau mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.  Beliau di masukkan ke Hospital Umum Sarawak.

status covid19 12 april

kes positif mengikut negeri 12 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia