Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 17 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 69 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,251 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 201 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,967 kes.  Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 51 orang dan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 2 orang. Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 86 kes.

(1) Kes kematian ke-85 ( kes ke-5064) seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun.  Beliau mempunyai sejarah penyakit barah darah dan kontak rapat kepada kes ke-4657 {Kluster PUI Bali} 

(2) Kes kematian ke-86 (kes ke-5183) seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dan strok. Beliau juga mempunyai kontak rapat kepada kes ke-2321.

status covid 17 april

kes positif mengikut negeri 17 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia