Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 22 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 50 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 103 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,452 kes. Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 43 orang dan 25 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang.  Keseluruhan kes kematian di negara kita sebanyak 93 kes.

(1) Kes kematian ke-93 ( kes ke-5483) merupakan seorang wanita warganegara yang berumur 72 tahun dan mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi.  Beliau meninggal di Hospital Umum Sarawak. 

status covid 22 april

Sumber Facebook channel  Kementerian Kesihatan Malaysia