Situasi terkini C0vid-19 di Malaysia setakat 27 April 2020, 4:30 petang. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,957 kes (­­67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan.

Sehingga 27 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 40 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 99 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

(1) Kes Kematian ke-99 (kes ke-4087)  merupakan seorang lelaki warganegara yang berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok. Beliau meninggal di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Johor. 

situasi terkini 27 april

kes positif mengikut negeri 27 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia