Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 3 Mei 2020, 4.30 petang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 87 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,413 kes (­­­­­70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sehingga 3 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 122 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan COVID-19 adalah 1,780 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 52 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 70 kes. Sehingga kini, seramai 27 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 105 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

(1) Kes Kematian ke-104 (kes ke-5539) merupakan seorang lelaki warganegara yang berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

(2) Kes kematian ke-105 (kes ke-5837) merupakan seorang lelaki warganegara yang berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau meninggal dunia  di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

status covid 3 mei

kes positif mengikut negeri 3 mei

Sumber Telegram Channel Kementerian Kesihatan Malaysia