Situasi terkini covid-19 di Malaysia setakat 7 Mei 2020, 4:30 petang. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 74 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,776 kes (73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah hampir dua kali ganda kes baharu disahkan COVID-19.

Sehingga 7 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 39 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,584 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sukacita dimaklumkan tiada pertambahan kematian setakat ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 107 kes. 

status covid 7 mei

kes positif mengikut negeri 7 mei

Sumber Telegram Channel Kementerian Kesihatan Malaysia & CPRC KKM