Situasi tekini Covid-19 di Malaysia setakat 15 Mei 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,439 kes (79.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

Sehingga 15 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 36 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 28 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,855 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,304 kes.

Sehingga kini, seramai 14 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 112 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

status covid 15 mei

kes positif mengikut negeri 15 mei

Sumber telegram channel Kementerian Kesihatan Malaysia