Situasi tekini Covid-19 di Malaysia setakat 18 Mei 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,615 kes (80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 18 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 47 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,941 kes dan jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan COVID-19 adalah 1,213 kes. Ingin dimaklumkan daripada 47 kes baru yang dilaporkan, 21 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 26 kes adalah penularan tempatan di mana 17 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Status covid19 18 Mei

kes positif mengikut negeri 18 Mei

Sumber telegram channel KKM, CPRC KKM