Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 4 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 15 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,461 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 4 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,658 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 76 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia.

status terkini 4 julai

kes positif mengikut negeri 4 julai

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia