Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,553 kes (97.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga 19 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,779 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) orang warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja (1 kes) dan pasangan kepada rakyat Malaysia (1 kes). Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:
United Kingdom (2 kes)
India (1 kes)
Libya (1 kes)
Daripada 11 kes penularan di dalam negara, lapan (8) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan tiga (3) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.
Maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 123 kes.
- Kes kematian ke-123 (kes ke-8870) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok. Beliau merupakan penghuni di Pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 julai 2020. Beliau telah dirujuk ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan. Beliau disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2020 jam 12.51 malam.
Untuk artikel penuh boleh klik disini
Sumber Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia