Pada era globalisasi ini,negara kita telah berjaya berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian, kini di negara kita, terdapat banyak manfaat yang baik dari penggunaan teknologi maklumat yang mana masyarakat di Malaysia boleh dapatkan.
Bukan untuk bersosial semata-mata, teknologi digital amat membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Antara manfaat penggunaan teknologi maklumat adalah:
- 1. Membantu masyarakat untuk menghapuskan kemiskinan.
- 2. Meningkatkan hasil pertanian.
- 3. Membolehkan pesakit di kawasan pedalaman diperiksa dan dirawat oleh pakar kesihatan.
- 4. Mendapat pendidikan yang berkualiti dan relevan.
- 5. Pengurusan air secara pintar.
- 6. Mengurangkan jurang dalam masyarakat.
- 7. Membuka peluang pekerjaan.
- 8. Menggalakkan perkembangan ekonomi.
Semua ini adalah persediaan yang perlu kita lakukan untuk kebahagian dan kesejahteraan generasi akan datang.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.
Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://t.me/klikbijak/
#klikdenganbijak