Menikmati hantaran di media sosial atau bermain game sampai berjam-jam bukanlah sesuatu yang produktif. Internet adalah lautan maklumat yang membuka pintu kepada sejuta peluang keemasan yang perlu kita rebut dan manfaatkan.
- 1. Mempelajari ilmu dan kemahiran baru untuk kehidupan, pekerjaan, atau pelajaran (pembelajaran sepanjang hayat.
- 2. Membina pandangan mengenai isu dunia dengan menonton atau mendengar ceramah cerdik pandai.
- 3. Muat turun aplikasi untuk mengurus kehidupan dengan lebih efektif contohnya aplikasi pengurusan kewangan.
- 4. Audit hantaran di media sosial atau platform dalam talian yang lain; pastikan hanya perkongsian yang positif sahaja dalam akaun anda.
- 5. Belajar hobi baru.
Bukan ini saja, banyak lagi perkara yang Positif n’ Produktif yang boleh kita buat untuk memanfaatkan diri sendiri, orang lain, dan komuniti kita.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak