Menurut Bank Negara Malaysia (BNM):

Ramai penipu mencuba helah baharu seperti menyalahgunakan logo dan menyamar sebagai pegawai BNM atau LHDN untuk memperdaya anda untuk memuat turun aplikasi yang bukan daripada platform aplikasi rasmi. Jangan terpedaya! Tamatkan perbualan segera.

Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465.

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Klik Dengan Bijak

WASPADA LHDN