Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa dalam laman sesawang Provihyredence Medical Associates baru-baru ini.

Gambar yang digunakan adalah tanpa kebenaran pihak KKM dan KKM tidak pernah memberikan kebenaran bagi menyiarkan artikel berkenaan.

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Klik Dengan Bijak

 photo 5946327027143519866 x