Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tawaran yang menawarkan skim bantuan atau penghargaan khas melalui sms atau e-mel.
Jangan memuat turun atau kongsi pautan yang tidak ditentusahkan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seterusnya.
Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, anda dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada pihak polis atau merujuk kepada Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997.