Untuk makluman MCMC dengan kerjasama Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat, UKM sedang menganjurkan PERTANDINGAN VIDEO DAN POSTER KESEDARAN DUNIA MAYA ‘KLIK DENGAN BIJAK: PENGURUSAN MAKLUMAT COVID 19’. Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu langkah yang dijalankan oleh pihak MCMC dan UKM dalam memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu semasa berkaitan Pandemik Covid 19. Selain itu, pertandingan ini juga dijalankan bagi menggalakan penglibatan aktif masyarakat terutamanya remaja di Sekolah dan IPT dalam menyumbang kepada pembangunan kandungan kreatif yang positif dalam media baharu. Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu kategori terbuka dan kategori IPT dan pelajar sekolah.
Tarikh tutup peryertaan adalah 31 Mei 2020. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan Facebook seperti berikut https://www.facebook.com/PertandinganVideoInovasi dan borang pendaftaran untuk pertandingan ini adalah seperti berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdZ7MJfF5Sq2jZR6RyQF-uEnkDcFqoba5PXKAgD5YkXk1nccg/viewform.