Tarikh : 13 March 2022
 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
 Lokasi

: PEDi Lurah Bilut

Peserta : Pelajar sekolah 

 

Tujuan 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan untuk kemudahan pelajar-pelajar. E-TUISYEN ini merupakan platform pembelajaran & pengajaran secara atas talian yg boleh di akses dgn menggunakan pc, laptop, phone, tab & ipad, menggunakan aplikasi zoom. Sesuai untuk pelajar-pelajar yang ingin pengetahuan tambahan.

E-TUISYEN dapat membantu peserta untuk menambah ilmu dalam subjek-subjek yang mereka lemah. Klik gambar penuh disini

Aktiviti 

- Peserta diberi taklimat pembelajaran

- Kelas dimulakan

WhatsApp Image 2022 03 21 at 2.54.50 PM 1

Tarikh : 25 Februari 2022
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang
Lokasi

: PEDi Lurah Bilut

Peserta : Belia

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta untuk memohon pekerjaaan online dan memuat turun semua dokumen-dokumen yang diperlukan.  Dapat melatih peserta cara mengisi jawatan secara online dan memberi peluang kepada peserta untuk memohon pekerjaan dengan mudah melalui atas talian sahaja. Klik gambar penuh disini 

Aktiviti

Peserta di ajar oleh petugas cara membuat carian internet bagi jawatan kosong dan mengisi atas talian.  Peserta telah mempraktikal serta memuat turun dokument yang diperlukan. 

 

Tarikh : 15 November 2021
 Masa : 2:00 - 3:00 Petang
 Lokasi

: PIK Felda Lurah Bilut

Peserta : Usahawan 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan cara dan teknik mengambil gambar untuk di promosikan di platform shopee dalam program Felda E-Mall. Produk usahawan ini telah terpilih oleh pihak FELDA.  Kelas ini dapat melatih usahawan berniaga secara online di platform shopee serta memberi peningkatan income jualan usahawan selain mempromosikan di facebook dan instagram. Klik gambar penuh disini

Aktiviti 

Usahawan di ajar oleh petugas cara dan teknik mengambil gambar produk unutk dipromosikan di shopee dan usahawan mempraktikal pelajaran tersebut. 

WhatsApp Image 2021 11 17 at 9.01.17 AM WhatsApp Image 2021 11 22 at 12.24.30 PM

 

 

Tarikh : 04 Disember 2021
Masa : 12:00 Tengahari - 1:00 Petang
Lokasi

: PIK Felda Lurah Bilut

Peserta : Belia

 

Tujuan 

Kelas asas ICT bersama encik Azmani bin Nurdin iaitu pelajar dari bangsa orang asli (F) Lurah Bilut.   Membantu pelajar ini membuat kertas kerja  untuk program pertandingan bola sepak "Impact Youth Sungai Bilut". Kelas ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan microsoft office word.  Membantu pelajar dalam menaip dan kepantasan menaip serta dapat memudahkan pelajar dalam mencari maklumat atau bahan yang diperlukan di internet secara online sahaja. Klik gambar penuh disini

Aktiviti 

Petugas PIK menerangkan cara penggunaan Microsoft Office, penggunaan Whatsapps Web dan kelebihan serta keburukan aplikasi whatsapps web. Petugas juga menerangkan cara insert gambar ke dalam tugas word serta mengajar menaip serta kemasan tugasan.  selain itu, petugas juga menerangkan setiap item di dalam micr0soft office word selain pembelajaran asas yang ada di dalam microsoft office word. 

 

Tarikh : 23 Oktober 2021
 Masa : 10:00 Pagi - 12:30 Tengahari
 Lokasi

: PIK Felda Lurah Bilut

Peserta : Belia 

 

Tujuan

Mendedahkan kepada golongan belia lepasan graduan cara dan teknik mengisi kerja kosong secara online. Kelas ini dapat membantu belia lepasan graduan dengan mengisi terus maklumat-maklumat yang dikehendaki ke dalam jawatankosong yang di mohon secara online serta menambah ilmu sedia ada mengenai komputer dan internet. Klik gambar penuh disini

Aktiviti 

- Belia diberitahu fungsi dan penggunaan komputer serta internet.

- Belia mempraktikan dalam mengisi borang kerja.

-Melengkapkan resume secara online yang diperlukan.

- Mempelajari cara scan sijil dan attach file ke dalam borang.