Tarikh | : 20 Jun 2020 |
Masa | : 10:00 - 11:00 Pagi |
Lokasi | : PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Dewasa |
Tujuan
Kelas Asas ICT bersama Encik Mohd Lasa. Kelas ini bertujuan untuk membantu beliau dalam memohon pekerjaan dan menyiapkan surat menyurat beliau atas ururan yang penting dengan menggunakan email sekaligus dapat melahirkan pengguna yang ceik ICT dikalangan dewasa. Klik gambar penuh disini
Aktiviti
(1) Petugas Pusat Internet (PI) menerangkan cara penggunaan komputer dan internet dengan betul.
(2) Petugas Pusat Internet (PI) menerangkan cara mencari maklumat di internet.
(3) Petugas pusat Internet (PI) menerangkan fungsi email kepada pelajar
(4) Petugas menerangkan setiap term email kepada pelajar dan mempraktikkan.
Tarikh | : 8 Mac 2020 |
Masa |
3:00 petang - 4:00 petang |
Lokasi |
: PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan mengasah minda peserta dalam pengetahuan am. Disamping itu peserta dapat mengulang kaji pelajaran di web ini. Pelbagai subjek dan latihan yang boleh peserta gunakan dan pelbagaian umur boleh digunakan. Klik gambar penuh disini
Aktiviti
Peserta di beri pendedahan mengenai pembelajaran Quizizz oleh petugas dan di praktiskan oleh peserta.
Tarikh | : 22 & 23 Februari 2020 |
Masa | : 7.30 Pagi - 4.00 Petang |
Lokasi |
: Dewan Serbaguna Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Komuniti Felda Lurah Bilut |
Tujuan
Program yang pertama kali diadakan di (F) Lurah Bilut ini anjuran Aeon Credit Service (M) Bhd selama 2 hari. Bertujuan untuk beramah mesra serta mengenali warga (F) Lurah Bilut serta menganjurkan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat dengan pelbagai hadiah yang menarik.
Aktiviti
Program berlangsung selama 2 hari iaitu Sabtu & Ahad.
Sabtu
- Sesi pagi diadakan aktiviti fun run & fun ride kepada komuniti setempat dan sekitar yang berdekatan kawasan (F) Lurah Bilut. Seramai 300 orang menyertai pertandingan tersebut. Disamping itu diadakan gotong royong di Masjid (F) Lurah Bilut bersama krew Aeon Credit .
- Sepanjang program diadakan pendaftaran cabutan bertuah dan pendaftaran pengunjung sehingga jam 4.00 petang. Pelbagai gerai jualan turut berlangsung.
Ahad
Sesi pagi berlangsung pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 6 tahun dan pertandingan masakan. Iaitu pertandingan memasak rendang & pertandingan memasak puding. Program berlangsung sehingga jam 12 tengahari. Penutupan program ini berlangsung dengan cabutan bertuah grand prize tajaan oleh Aeon Credit Service (M) Bhd. Klik gambar penuh disini
Perasmian program & cabutan bertuah untuk grand prize.
Tarikh | :9 & 10 Mac 2020 |
Masa |
3:00 petang - 5:00 petang (Sesi 1) 10:00 pagi - 12:00 tengah hari (Sesi 2) |
Lokasi |
: PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Ibubapa |
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu ibubapa yang ingin mendaftar anak mereka ke tahun 1 untuk sesi 2020/2021. Pusat internet (PI) mengambil inisiatif untuk mengadakan satu bengkel pendaftaran tahun 1.
Kelas ini berlangsung dua hari dan mengikut sesi. Hal ini kerana, membolehkan ibubapa yang bekerja tidak melepaskan peluang mereka untuk menghadiri bengkel tersebut. Klik gambar penuh disini
Aktiviti
(1) Petugas Pusat Internet (PI) menerangkan cara pengisian pendaftaran tersebut.
(2) Petugas PI menerangkan teperinci unutk bahagian kesihatan yang perlu ibubapa mengisi.
(3) Petugas PI menerangkan cara untuk mencipta kata laluan yang diperlukan.
(4) Memberi pendedahan kepada ibubapa yang tidak mahir dalam IT kepada pengenalan ICT kepada mereka.
(5) Memberi pendedahan kepada cara pengisian pendaftaran secara atas talian.
(6) Melahirkan pengguna yang celik ICT dikalangan ibubapa.
Tarikh | : 18 Januari 2020 |
Masa | : 3.00 - 5.00 Petang |
Lokasi | : PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang celik ICT dengan bijak berinternet serta mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam menggunakan internet, beretika dan prihatin kepada pengguna internet yang lain. Kelas tersebut melibatkan 8 orang pelajar. Klik gambar penuh
Aktiviti
(1) Petugas Pusat Internet (PI) menerangkan apa itu Klik Dengan Bijak (KDB).
(2) Petugas memaparkan video pendek kepentingan Pusat Internet kepada masyarakat.
(3) Petugas mula memberi pendedahan asas Microsoft Office word kepada pelajar.
(4) Memberi pendedahan mengenai skill menaip dan asas menaip dengan betul.