Tarikh : 11 Jun 2019
Masa : 04:30 Petang - 05:30 Petang
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Polis Lurah Bilut

 

Tujuan 

Kelas ICT bersama polis Lurah Bilut seramai 1 orang.  Membantu pelajar buat notis untuk kegunaan masjid Al Falahi Felda Lurah Bilut dan komuniti setempat. 

Aktiviti 

Pelajar diberi penerangan cara penggunaan Microsoft Office word serta penggunaan Whatsapps web.  Pelajar didedahkan juga kelebihan dan keburukan kegunaan Whatsapps web. Hal ini untuk mencegah dari disalah guna pakai. 

Selain itu, pelajar diberi penerangan cara mencari maklumat melalui internet seperti mencari logo polis dan cara insert gambar yang telah di download ke dalam microsoft word. Pelajar mula mempraktik latihan yang diberi dengan pemantauan petugas PI. Klik gambar penuh disini

Tarikh : 03 Mei 2019
Masa : 10:00 Pagi - 11:00 Pagi
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Pelajar Pasti At-Taqwa Felda Lurah Bilut

 

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk menyambut Hari Guru 2019 bersama Pelajar Pasti At – Taqwa  Lurah Bilut. 

Aktiviti 

Petugas menerangkan cara penggunaan dan menujukkan di paparan screen hadapan dan pelajar mula mempraktikkan lukisan yang diberi dengan mengawasan petugas Pi dan cikgunya. Petugas pusat internet telah menyediakan lukisan bertemakan seorang guru sempena Hari Guru 2019 menggunakan web oncoloring.com dan memberi arahan serta cara penggunaan mewarna secara atas talian yang di paparkan di screen hadapan. Pelajar mula mempraktikkan tugasan yang telah diberikan dengan seronok dan ceria. Klik gambar penuh disini. 

Tarikh : 04 Mac 2019
Masa : 03:00 Petang - 05:00 Petang
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Belia Felda Lurah Bilut

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan mengajar belia-belia di Felda Lurah Bilut untuk mencipta resume  yang lebih formal dan kemas bagi tujuan memohon pekerjaan. Kelas ini dibuka kepada belia lepasan SPM dan yang sedang mencari pekerjaan. 

Aktiviti

Peserta diberi penerangan mengenai kegunaan Resuma dan menerangkan langkah-langkah mencipta resume yang lebih praktikal dan kemas. 

Kelebihan kelas ini adalah dapat membantu golongan belia lepasan SPM untuk mencipta resume sendiri di samping dapat memberi penerangan kegunaan & kepentingan resume ini kepada mereka. Klik gambar penuh disini

 

resume 7

 

Tarikh : 07 April 2019
Masa : 03:00 Petang - 05:00 Petang
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Pelajar SMK Lurah Bilut

 

Tujuan 

Membantu dan mengajar pelajar SMK Lurah Bilut membuat email dan logo bagi menyiapkan projek kerja kursus SPM. 

Aktiviti

Pelajar di beri penerangan mengenai fungsi email dan App canva. Mengajar cara mencipta email dan dipraktikan oleh pelajar. Pelajar juga di ajar mencipa logo perniagaan mereka menggunakan apps canva.  Kelebihan bengkel ini dapat membantu pelajar untuk mencipta email serta kegunaan dan kepentingan email kepada mereka.   selain itu, membantu mereka mencipta logo sendiri dan memperluaskan kemahiran mereka dalam asas ICT. Klik gambar penuh disini 

Tarikh : 17 Februari 2019
Masa : 09:00 Pagi - 11:00 Pagi
Lokasi : Co-Working Space Felda Lurah Bilut 
Peserta : Komuniti Felda Lurah Bilut

 

Tujuan 

Program pemberian sumbangan baju-baju kepada komuniti Felda Lurah Bilut yang memerlukan, semua barang yang diberi adalah percuma dengan bertujuan memberi sambil beramaL.   Kelebihan program ini adalah dapat menolong golongan yang sangat memerlukan serta dapat menyemai adab ketika meminta barang dengan mengucapkan "terima kasih".  Selain itu, program ini mampu mengeratkan hubungan pemberi & penerima dan membuat penerima tersenyum gembira. 

Manakala, perasmian Tanduk in the Garden telah di rasmikan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad, mantan Pengerusi Felda. Dimana TIG merupakan salah satu idea dari beliau bagi kemajuan Lembah Digital Bilut di Felda Lurah Bilut.

 

Aktiviti

Seawal pagi program ini diberi taklimat serba sedikit mengenai program Ecofreemarket ini.  Setiap pengunjung akan diberi 5 kupon untuk semua barang yang ada disekitar program itu.  Komuniti diminta memilih dan mengambil barang yang diperlukan sahaja dan mereka di lepaskan secara berkelompok.  Klik gambar penuh disini.

 

4 10