Tarikh : 14 April 2021
 Masa : 9:30 Pagi - 10:00  Pagi
 Lokasi

: PI Felda Lurah Bilut

Peserta : Dewasa

 

Tujuan 

Program ini membantu komuniti untuk mendaftar vaksin secara atas talian. Terdapat dua kaedah iaitu pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera dan laman web vaksincovid.gov.my.  Vaksin bukan sahaja berupaya mencegah penyakit tetapi juga mengurangkan gejala, menjadikan penyakit lebih ringan dan mengurangkan risiko kecatatan apabila dijangkiti. Klik gambar penuh disini. 

Aktiviti 

- Pemohon telah diberi taklimat cara pendaftaran vaksin covid.

- Pemohon memilih untuk mendaftar menggunakan laman web vaksincovid.gov.my.

- Pemohon mengisi maklumat peribadi seperti yang diminta.

- Pemohon berjaya mendaftar nama untuk suntikan vaksin covid. 

2

Tarikh : 5 Mac 2021
 Masa :  9.30 pagi - 11.30 pagi
 Lokasi

: PI Felda Lurah Bilut

Peserta : Pelajar Pasti

 

Tujuan 

Kelas latihan ict bersama pelajar Pasti Lurah Bilut.  Seramai lima orang pelajar dan satu orang guru pengiring.  Kelas tersebut didedahkan mengenai pengenalan kepada komputer dan fungsinya. Kelas ini memberi pendedahan ICT kepada pelajar pasti dan mempelajari kemahiran berfikir yang baik.  Selain itu, dapat menguji tahap kreatif pelajar. Klik gambar disini

 

Aktiviti 

Petugas PIK menerangkan elemen asas komputer kepada pelajar pasti seperti monitor, papan kekunci dan tetikus serta fungsi setiap elemen tersebut.  Petugas juga menerangkan cara penggunaan dan menunjukkan di paparan screen hadapan.  Pelajar mula praktikkan lukisan diberi dengan pengawasan petugas PIK dan guru pengiring. 

WhatsApp Image 2021 03 05 at 11.49.40 AM 1

 

 

 

Tarikh : 7 Disember 2020
 Masa : 3:00 Petang - 4:30 Petang
 Lokasi

: PI Felda Lurah Bilut

Peserta : Belia

 

Tujuan 

Kelas ini membantu adik Natasha dalam membuat pendaftaran My Sejahtera dan mendaftar QR Code My Sejahtera untuk perniagaan ibunya.  Ibunya mempunya gerai pisang goreng di tapak pasar malam. Bagi memudahkan urusan penjualan ibunya adik Natasha membantu ibunya dengan mendaftarkan QR Code My Sejahtera dalam norma baharu ini. Klik gambar penuh disini

Aktiviti 

Peserta di beri pendedahan mengenai My Sejahtera oleh petugas dan di praktiskan oleh peserta. 

IMG20201207151500

Tarikh :  19 Februari 2021
 Masa : 2.30 Petang - 5.30 Petang
 Lokasi

: PI Felda Lurah Bilut

Peserta : Pelajar SPM 2020

 

Tujuan 

Program ini membantu pelajar-pelajar SPM untuk membuat persediaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan Februari 2021.  Program ini dapat melatih pelajar menggunakan kemudahan atas talian untuk pelajar serta dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelajar yang kurang mahir. Klik gambar penuh disini

Aktiviti 

Pelajar di beri peluang untuk mengikuti kelas tambahan online dan di ajar oleh cikgu yang dilatih khas oleh pihak MSD.  Pelajar juga di beri peluang untuk bertanya soalan kepada guru yang mengajar dan diberi penjelasan dengan lebih terperinci.  Pelajar juga telah disediakan slide pembelajaran untuk rujukan para pelajar. 

3

 

 

 

Tarikh : 3 Disember 2020
 Masa : 11:00 Pagi - 2:00 Petang
 Lokasi

: PI Felda Lurah Bilut

Peserta : Usahawan

 

Tujuan 

Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan cara dan teknik mengambil gambar produk dan memuat naik produk mereka di akaun Shopee. Kelebihan kelas ini juga dapat melatih usahawan berniaga secara online di laman sesewang Shopee dan sekaligus memberi peningkatan income jualan kepada usahawan selain mereka mempromosikan di facebook dan instagran. Klik gambar penuh disini

Aktiviti

- Usahawan diberi penerangan serba sedikit mengenai perniagaan atas talian seperti Shopee dan kemudahan berniaga di Shopee.

- Usahawan diajar oleh petugas cara dan teknik mengambil gambar produk dengan betul untuk dipromosikan di shopee.

- Usahawan mempraktikal pelajaran tersebut. 

WhatsApp Image 2020 12 09 at 10.20.30 AM 1