Tarikh :  09 Ogos 2019
Masa : 09:30 pagi hingga 11:30 pagi
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Pelajar Pasti At-Taqwa Lurah Bilut 

 

Tujuan 

Kelas Latihan ICT bersama pelajar Pasti At- Taqwa Lurah Bilut. Seramai 12 pelajar dan 2 orang guru pengiring. Kelas tersebut didedahkan mengenai bentuk & warna bendera Kebangsaan dan Negeri Pahang sempena bulan Kemerdekaan.  

Aktiviti 

Pelajar diberi pendedahan mengenai cara pengunaan Microsoft Office Paint.  Petugad PI memperkenalkan bentuk & warna-warna bendera Kebangsaan dan bendera negeri Pahang.  Pelajar mula mempraktikkan dengan pengawasan petugas PI dan guru pengiring.  Kelas ini memberi pendedahan kepada pelaja mengenai asas ICT microsoft office paint.  Melatih pelajar melukis dan memwarna serta memberi pendedahan mengenai bendera Kebangsaan & Negeri Pahang sempena Bulan Kemerdekaan. Klik gambar penuh disini

IMG 20190809 104600 IMG 20190809 110610

Tarikh :  08 Julai 2019
Masa : 04:00 petang hingga 06:00 petang
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Pelajar SMK Lurah Bilut

 

Tujuan 

Kelas asas ICT bersama pelajar SMK Lurah Bilut seramai 6 orang pelajar.  Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam membuat slide perbentangan yang akan dibentangkan pada 10 Julai 2019. 

Aktiviti 

Pelajar diberi penerangan cara penggunaan  Microsoft Office Power Point dengan betul. Pelajar juga menerangkan cara mencari maklumat melalui internet serta cara insert gambar ke dalam microsoft power point.   Kelebihan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada asas ict microsoft office serta asas internet.  Melatih pelajar cara berfikir dan kreatif dengan membuat slide perbentangan. Klik gambar penuh disini 

Tarikh : 03 Mei 2019
Masa : 10:00 Pagi - 11:00 Pagi
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Pelajar Pasti At-Taqwa Felda Lurah Bilut

 

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk menyambut Hari Guru 2019 bersama Pelajar Pasti At – Taqwa  Lurah Bilut. 

Aktiviti 

Petugas menerangkan cara penggunaan dan menujukkan di paparan screen hadapan dan pelajar mula mempraktikkan lukisan yang diberi dengan mengawasan petugas Pi dan cikgunya. Petugas pusat internet telah menyediakan lukisan bertemakan seorang guru sempena Hari Guru 2019 menggunakan web oncoloring.com dan memberi arahan serta cara penggunaan mewarna secara atas talian yang di paparkan di screen hadapan. Pelajar mula mempraktikkan tugasan yang telah diberikan dengan seronok dan ceria. Klik gambar penuh disini. 

Tarikh : 11 Jun 2019
Masa : 04:30 Petang - 05:30 Petang
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Polis Lurah Bilut

 

Tujuan 

Kelas ICT bersama polis Lurah Bilut seramai 1 orang.  Membantu pelajar buat notis untuk kegunaan masjid Al Falahi Felda Lurah Bilut dan komuniti setempat. 

Aktiviti 

Pelajar diberi penerangan cara penggunaan Microsoft Office word serta penggunaan Whatsapps web.  Pelajar didedahkan juga kelebihan dan keburukan kegunaan Whatsapps web. Hal ini untuk mencegah dari disalah guna pakai. 

Selain itu, pelajar diberi penerangan cara mencari maklumat melalui internet seperti mencari logo polis dan cara insert gambar yang telah di download ke dalam microsoft word. Pelajar mula mempraktik latihan yang diberi dengan pemantauan petugas PI. Klik gambar penuh disini

Tarikh : 07 April 2019
Masa : 03:00 Petang - 05:00 Petang
Lokasi : PI Felda Lurah BIlut
Peserta : Pelajar SMK Lurah Bilut

 

Tujuan 

Membantu dan mengajar pelajar SMK Lurah Bilut membuat email dan logo bagi menyiapkan projek kerja kursus SPM. 

Aktiviti

Pelajar di beri penerangan mengenai fungsi email dan App canva. Mengajar cara mencipta email dan dipraktikan oleh pelajar. Pelajar juga di ajar mencipa logo perniagaan mereka menggunakan apps canva.  Kelebihan bengkel ini dapat membantu pelajar untuk mencipta email serta kegunaan dan kepentingan email kepada mereka.   selain itu, membantu mereka mencipta logo sendiri dan memperluaskan kemahiran mereka dalam asas ICT. Klik gambar penuh disini