Tarikh | : 8-11 Oktober 2018 |
Masa | : 09:00 Pagi - 05:00 Petang |
Lokasi | : PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Felda Lurah Bilut |
Tujuan
Taklimat keusahawanan dan praktikal
Aktiviti
Usahawan diberi taklimat cara membuat email & page perniagaan mereka untuk di pasarkan atas talian. Usahawan diberi penerangan serba sedikit mengenai pemasaran online atau kata lain digital marketing. Usahawan mula mencipta email bagi yang measih tiada dan diberi taklimat cara membuat page perniagaan dan di praktikan sendiri. Program ini berjalan selama 4 hari. Klik gambar penuh disini
Tarikh | : 25 September 2018 |
Masa | : 09:00 Pagi - 05:00 Petang |
Lokasi | : PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Usahawan Bentong & Karak |
Tujuan
Taklimat keusahawanan, cara membuat email & cara mendaftar peniagaan Atas Talian.
Aktiviti
Usahawan diberi penerangan serba sedikit mengenai program tersebut. Usahawan mula mencipta emel bagi yang masih tiada dan diberi taklimat cara mendaftar perniagaan atas talian dan di praktik kan sendiri. Kelebihan program ini adalah dapat mengalakkan usahawan untuk mempromosikan produk mereka di web diberikan oleh pihak Fama. Mendapat ilmu tambahan kepada usahawan mengenai pemasaran dan penambahbaikan produk. Klik gambar penuh disini
Tarikh | : 15 Julai 2018 |
Masa | : 10:00 Pagi - 11:00 Pagi |
Lokasi | : PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Komuniti |
Tujuan
Memberi penerangan mengenai projek Mobile E-Waste yang di lancarkan oleh MCMC kepada pelajar serta cara pembuangan yang betul kepada mereka. Objektif utama adalah menegaskan kepentingan membuang dan mengitar semula peranti mudah alih yang telah tamat jangka hayar secara selamat dan mesra alam.
Aktiviti
Mereka diberi pendedahan cara dan Projek Mobile E-Waste yang betul. Bahawa barangan elektronik yang tidak boleh digunakan lagi boleh dikitar semula secara selamat dan mesra alam.
Tarikh | : 18 Ogos 2018 |
Masa | : 2:00 Petang - 4:00 Petang |
Lokasi | : PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Program ini adalah untuk mengadakan aktiviti sempena menyambut bulan Kemerdekaan yang ke 61. Perserta yang terlibat adalah pelajar Sekolah Menengah serama enam peserta.
Aktiviti
Mereka diberi satu lukisan yang bertemakan Hari Kemerdekaan dan mewarnakan secara kreatif. Pertandingan ini membantu peserta mengembangkan bakat seni mewarna serta meraka juga diarahkan untuk membuat satu hebahan di laman Dashboard MyKomuniti mengikut kreativiti mereka.
Tarikh | : 6 Jun 2018 |
Masa | : 9:00 Pagi - 11:00 Pagi |
Lokasi | : PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Pelajar PDK |
Tujuan
Permainan pendidikan (Puzzle Online) dan melukis menggunakan aplikasi paint dapat membantu menguji kemahiran pelajar PDK dalam menyusun puzzle serta melukis online.
Aktiviti
Pelajar diberi pendedahan mengenai IT dan cara menggunakannya. Pembelajaran ini dapat menarik minat pelajar OKU untuk menggunakan komputer serta membantu meransangkan otak mereka untuk berfikir dan menonjolkan bakat mereka dalam kemahiran seni lukisan.