Tarikh | : 04 Mac 2019 |
Masa | : 03:00 Petang - 05:00 Petang |
Lokasi | : PI Felda Lurah BIlut |
Peserta | : Belia Felda Lurah Bilut |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan mengajar belia-belia di Felda Lurah Bilut untuk mencipta resume yang lebih formal dan kemas bagi tujuan memohon pekerjaan. Kelas ini dibuka kepada belia lepasan SPM dan yang sedang mencari pekerjaan.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan mengenai kegunaan Resuma dan menerangkan langkah-langkah mencipta resume yang lebih praktikal dan kemas.
Kelebihan kelas ini adalah dapat membantu golongan belia lepasan SPM untuk mencipta resume sendiri di samping dapat memberi penerangan kegunaan & kepentingan resume ini kepada mereka. Klik gambar penuh disini
Tarikh | : 17 Februari 2019 |
Masa | : 09:00 Pagi - 11:00 Pagi |
Lokasi | : Co-Working Space Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Komuniti Felda Lurah Bilut |
Tujuan
Program pemberian sumbangan baju-baju kepada komuniti Felda Lurah Bilut yang memerlukan, semua barang yang diberi adalah percuma dengan bertujuan memberi sambil beramaL. Kelebihan program ini adalah dapat menolong golongan yang sangat memerlukan serta dapat menyemai adab ketika meminta barang dengan mengucapkan "terima kasih". Selain itu, program ini mampu mengeratkan hubungan pemberi & penerima dan membuat penerima tersenyum gembira.
Manakala, perasmian Tanduk in the Garden telah di rasmikan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad, mantan Pengerusi Felda. Dimana TIG merupakan salah satu idea dari beliau bagi kemajuan Lembah Digital Bilut di Felda Lurah Bilut.
Aktiviti
Seawal pagi program ini diberi taklimat serba sedikit mengenai program Ecofreemarket ini. Setiap pengunjung akan diberi 5 kupon untuk semua barang yang ada disekitar program itu. Komuniti diminta memilih dan mengambil barang yang diperlukan sahaja dan mereka di lepaskan secara berkelompok. Klik gambar penuh disini.
Tarikh | : 5 Disember 2018 |
Masa | : 09:00 Pagi - 03:00 Petang |
Lokasi | : PI Felda Lurah Bilut |
Peserta | : Usahawan Orang Asli |
Tujuan
Program Usahawan Orang Asli yang dijalankan di Pusat Internet Felda Lurah Bilut anjuran MCMC & FAMA melibatkan 10 orang peserta sekitar daerah Bentong. Program ini sangat berkesan untuk usahawan-usahawan dalam kalangan orang asli untuk menambah baik produk mereka dan mempromosi kan produk mereka secara online. Majoriti peserta nampak berminat dengan modul-modul pembelajaran yang disediakan.
Aktiviti
Usahawan diberi penerangan serba sedikit mengenai program tersebut. Usahawan mula mencipta emel bagi yang masih tiada dan diberi taklimat cara mendaftar perniagaan atas talian dan di praktik kan sendiri. Kelebihan program ini adalah dapat mengalakkan usahawan untuk mempromosikan produk mereka di web diberikan oleh pihak Fama. Mendapat ilmu tambahan kepada usahawan mengenai pemasaran dan penambahbaikan produk. Klik gambar penuh disini.
Tarikh | : 09 Januari 2019 |
Masa | : 10:00 Pagi - 1:00 Petang |
Lokasi | : PI Jambu Rias |
Peserta | : YB Dun Sabai & Wakil -Wakil Pegawai |
Tujuan
Lawatan YB Dun Sabai dan diberi taklimat oleh petugas berkenaan fungsi,kemudahan,dan program-program yang telah dilaksanakan.
Aktiviti
Tetamu di beri taklimat berkaitan fungsi dan objektif Pusat Internet oleh pengurus pusat Internet Jambu Rias dan serta di berikan pemeriksaan Kesihatan kepada YB Pn. Kamache Doray Rajoo dan pegawai lain. Lawatan ini dapat mengenali YB Dun Sabai iaitu Puan Kamache Doray Rajoo dengan lebih dekat lagi serta dapat mempromosikan Pusat Internet kepada orang luar dan dapat menarik minat orang luar untuk datang ke Pusat Internet di sekitar daerah Bentong. Klik gambar penuh disini.
Tarikh | :14 November 2018 |
Masa | : 08:30 pagi - 12:30 tengahari |
Lokasi | : Makmal Komputer, Sek Keb Lurah Bilut |
Peserta | : Pelajar tahun 6 Sek Keb Lurah Bilut |
Tujuan
Memberi taklimat advokasi iaitu klik dengan bijak kepada pelajar tahun 6 dan menjalankan aktiviti-aktiviti advokasi.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat klik dengan bijak terlebih dahulu oleh team volunteer miv dan seterusnya mereka menjalankan pertandingan seperti word serch, menaip pantas dan mencipata jadual menggunakan microsoft word. Kelebihan program tersebut ialah dapat memberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai kepentingan Klik Dengan Bijak (KDB) ini. Selain itu, dapat menguji minda pelajar-pelajar dengan mengadakan pertandingan tersebut dengan cara mencari perkataan tersembunyi dan menaip dengan lebih pantas dengan menggunakan komputer. Klik gambar penuh disini