Tarikh :9 & 10 Mac 2020 
Masa

  3:00 petang - 5:00 petang (Sesi 1)

  10:00 pagi - 12:00 tengah hari (Sesi 2) 

Lokasi

: PI Felda Lurah Bilut

Peserta : Ibubapa 

 

Tujuan 

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu ibubapa yang ingin mendaftar anak mereka ke tahun 1 untuk sesi 2020/2021.  Pusat internet (PI) mengambil inisiatif untuk mengadakan satu bengkel pendaftaran tahun 1. 

Kelas ini berlangsung dua hari dan mengikut sesi.  Hal ini kerana, membolehkan ibubapa yang bekerja  tidak melepaskan peluang mereka untuk menghadiri bengkel tersebut. Klik gambar penuh disini

 

Aktiviti 

(1) Petugas Pusat Internet (PI) menerangkan cara pengisian pendaftaran tersebut.

(2) Petugas PI menerangkan teperinci unutk bahagian kesihatan yang perlu ibubapa mengisi.

(3) Petugas PI menerangkan cara untuk mencipta kata laluan yang diperlukan. 

(4) Memberi pendedahan kepada ibubapa yang tidak mahir dalam IT kepada pengenalan ICT kepada mereka.

(5) Memberi pendedahan kepada cara pengisian pendaftaran secara atas talian. 

(6) Melahirkan pengguna yang celik ICT dikalangan ibubapa. 

WhatsApp Image 2020 03 09 at 3.23.08 PM

Tarikh : 22 & 23 Februari 2020
Masa : 7.30 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi

: Dewan Serbaguna Felda Lurah Bilut

Peserta : Komuniti Felda Lurah Bilut

 

Tujuan 

Program yang pertama kali diadakan di (F) Lurah Bilut ini anjuran Aeon Credit Service (M) Bhd selama 2 hari. Bertujuan untuk beramah mesra serta mengenali warga (F) Lurah Bilut serta menganjurkan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat dengan pelbagai hadiah yang menarik.

 

Aktiviti 

Program berlangsung selama 2 hari iaitu Sabtu & Ahad.

Sabtu

  • Sesi pagi diadakan aktiviti fun run & fun ride kepada komuniti setempat dan sekitar yang berdekatan kawasan (F) Lurah Bilut. Seramai 300 orang menyertai pertandingan tersebut.  Disamping itu diadakan gotong royong di Masjid (F) Lurah Bilut bersama krew Aeon Credit .
  • Sepanjang program diadakan pendaftaran cabutan bertuah dan pendaftaran pengunjung sehingga jam 4.00 petang. Pelbagai gerai jualan turut berlangsung.

 

Ahad

Sesi pagi berlangsung pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 6 tahun dan pertandingan masakan. Iaitu pertandingan memasak rendang & pertandingan memasak puding. Program berlangsung sehingga jam 12 tengahari.  Penutupan program ini berlangsung dengan cabutan bertuah grand prize tajaan oleh Aeon Credit Service (M) Bhd. Klik gambar penuh disini

85178631 646224332825574 7062111186036195328 n 86831288 806642036502635 6554558257669603328 n

Perasmian program & cabutan bertuah untuk grand prize.

 

Tarikh : 28 Disember 2019
Masa : 07.30 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi : PI Felda Lurah Bilut
Peserta : Komuniti Felda Lurah Bilut

 

Tujuan 

Menganjurkan Program hari Lestari ICT & Cakna Kesihatan sebagai langkah untuk mempromosikan Pusat Internet sekaligus mendedahkan kepentingan penjagaan kesihatan badan & gigi kepada komuniti setempat. 

Aktiviti 

07:30 pagi : Semua agensi dan usahawan mula menyusun meja & kelab Anggun memulakan aktiviti senamrobik bersama komuniti yang hadir. 

8:30 pagi : Komuniti mula hadir & membuat pendaftaran. 

                  Gosok gigi beramai - ramai di ketuai oleh Doktor gigi. 

09:00 pagi : Aktiviti pertandingan seperti Rapid typing, Kesihatan ICT, Mewarna Online Dan Kahoot ICT sedang di jalankan. 

                  : Saringan Kesihatan dari kospen turut dijalankan. 

                  : Pemeriksaan gigi dari klinik pergigian Felda Lurah Bilut.

10:00 pagi : Aktiviti pertandingan bento sihat dijalankan. 

                  : Agensi - agensi turut terlibat memberi penerangan. 

                  : Turu di jalankan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir sebagai penghargaan kepada mereka. 

12:00 T/hari : Penutupan dan acara perasmian oleh vip. Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan telah dirasmikan oleh Pengurus Felda iaitu Encik Mohd Khairul Nizam bin Alias. Klik gambar penuh disini

 

WhatsApp Image 2019 12 28 at 2.45.23 PMWhatsApp Image 2019 12 28 at 4.15.49 PM

Tarikh : 18 Januari 2020
Masa : 3.00 - 5.00 Petang
Lokasi : PI Felda Lurah Bilut
Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang celik ICT dengan bijak berinternet serta mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam menggunakan internet, beretika dan prihatin kepada pengguna internet yang lain. Kelas tersebut melibatkan 8 orang pelajar. Klik gambar penuh

Aktiviti 

(1) Petugas Pusat Internet (PI) menerangkan apa itu Klik Dengan Bijak (KDB).

(2) Petugas memaparkan video pendek kepentingan Pusat Internet kepada masyarakat.

(3) Petugas mula memberi pendedahan asas Microsoft Office word kepada pelajar.

(4) Memberi pendedahan mengenai skill menaip dan asas menaip dengan betul.

WhatsApp Image 2020 01 18 at 5.47.32 PM 1

Tarikh :  12 Oktober 2019
Masa : 07:30 pagi hingga 10:00 malam
Lokasi : Masjid Al Falahi Felda Lurah Bilut
Peserta : Komuniti Felda Lurah Lurah Bilut

 

Tujuan 

Program ini adakan adalah unutk memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW.  Program ini mengadakan berbagai acara sambutan antaranya perarakan, caramah dan selawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.  Program ini telah bermula pada 11.11.2019 dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan bersama komuniti (F) Lurah Bilut sehingga 15. 11. 2019. 

Aktiviti 

07:30 pagi : Pendaftaran peserta dan kontinjen untuk perarakan.  

08:00 pagi : Perarakan peserta dan kontinjen bermula.

09:00 pagi : Pelbagai aktiviti & booth telah dibuka antaranya pemeriksaan kesihatan, daftar mengundi & pameran dari agensi2 yang terlibat.

10:00 Pagi : Tayangan filem / Tadabbur Quran.

12:00 T/hari : Acara berhenti seketika untuk menghormati kaum adam solat jumaat.

8.30 malam : Acara di sambung dengan Ceramh perdana Maulidul Rasul & penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti yang telah berlangsung 11, 12, 13 & 14 November 2019. Klik gambar penuh disini

72201337 2527911090577328 7695689746336448512 o74478188 2527911273910643 3590111704723226624 o