Tarikh : 19 & 20 Mei 2018
Masa : 10:00 Pagi- 1:00 Petang
Lokasi : PI Felda Lurah Bilut
Peserta : Komuniti

 

Tujuan 

Memberi penerangan Tentang E-Rezeki serta mendaftar peserta dalam E-Rezeki. Platforn E-Rezeki adalah untuk memberi peluang kepada komuniti memperolehi pendapatan tambahan secara digital. 

Aktiviti 

Mengajar dan mendaftar peserta dalam platform E-Rezeki serta memberi tunjuk ajar cara-cara mencari pekerjaan di dalam platform tersebut.  Kelas berjalan selama 2 hari.   Peserta yang terlibat adalah dari golongan dewasa.

Gambar Disini

Tarikh : 10 April 2018
Masa : 12:30 Tengahari - 2:00 Petang
Lokasi : PI Felda Lurah Bilut
Peserta : KKMM Negeri Pahang

 

Tujuan

Lawatan kerja oleh Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan team KKMM Negeri Pahang

 Aktiviti

Petugas PI1M memberi penerangan mengenai PI1M Felda Lurah Bilut dan PI1M Gugusan Bentong serta tayangan video-video menarik di Bentong yang di hasilkan oleh PI1M Gugusan Bentong.

IMG 20180416 WA0010 IMG 20180416 WA0013

Gambar Disini

Tarikh : 3 - 4 Februari 2018
Masa : 8: 00 pagi - 5:00 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna Felda Lurah Bilut
Peserta : Pengunjung Pelancaran Felda 2.0

 

Tujuan 

Menjalankan aktiviti - aktiviti advokasi kepada para pengunjung yang hadir ke Program Pelancaran Felda 2.0.  Pameran ini dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan lebih terperinci mengenai program advokasi kepada pengunjung di samping mempromosikan PI1M kepada pengunjung yang tidak pernah mengenal PI1M.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah memberi penerangan mengenai Klik Dengan Bijak serta menguji minda pengunjung dengan mengadakan aktiviti Teka Logo KDB. Memberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai "Mobile E-waste" serta tanyangan Menarik Di Bentong untuk pengunjung yang hadir.

Gambar Disini

Tarikh : 6 March 2018
Masa : 9:00 pagi - 2:00 petang
Lokasi : PI Felda Lurah Bilut
Peserta : Komuniti Setempat

 

Tujuan 

Tujuan program ini dijalankan untuk menghebahkan kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.  Selain itu, program ini untuk memastikan masyarakat setempat mendapat kemudahan dan pendidikan yang serba lengkap dan canggih di bawah program kerajaan.  hasrat murni kerajaan dilihat mampu melahirkan masyarakat yang celik dan bijak IT  dalam mencapai status negara maju di masa akn datang. 

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah memberi taklimat keusahawanan kepada usahawan-usahawan disini serta menjalankan aktiviti sukaneka kepada komuniti setempat seperti pertandingan congkak dan dam. Aktiviti lain seperti Ewaste, KDB dan kahoot turun dijalankan seperti biasa. 

 IMG 20180307 WA0045

Gambar Disini

Tarikh : 17 Januari 2018
Masa : 8.00 pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Tapak Usahawan Belia Felda Lurah Bilut
Peserta : Penduduk setempat

 

Tujuan 

Kelab Usahawan Bilut serta MBFM Lurah Bilut menjalankan aktiviti menjual pakaian-pakaian terpakai dan wang tersebut akan disalurkan kepada penduduk yang memerlukan. Program ini akan berlangsung setiap hari ahad.

Aktiviti 

Para usahawan memulakan sesi menjual beli barangan mereka. Disamping itu kami membuat penyerahan barangan E-waste dan memberi taklimat sedikit mengenai apa itu E-waste. Kutipan amal juga berlangsung dan sesi penyerahan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.  Program ini memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar dengan tidak membuang pakaian yang tidak di gunakan malah diberikan kepada insan-insan yang memerlukan.

 

Gambar di sini