Ketagihan internet boleh menjauhkan kita dari orang yang dekat. Penggunaan internet yang berlebihan menyebabkan kita kurang berinteraksi secara langsung dengan keluarga dan rakan. Ini mengurangkan kualiti hubungan sosial dan boleh mengganggu keharmonian keluarga.
Beberapa faktor yang menyebabkan ketagihan internet termasuk akses yang mudah, kandungan menarik seperti media sosial dan permainan, serta keperluan untuk mendapatkan validasi sosial. Semua ini membuat kita menghabiskan lebih banyak masa di dunia maya.
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu menetapkan had masa penggunaan internet dan mengutamakan aktiviti tatap muka. Kesedaran diri tentang kesan negatif ketagihan internet juga penting. Menggunakan aplikasi pemantau masa boleh membantu mengawal penggunaan internet.
Dengan mengawal ketagihan internet, kita boleh memperbaiki hubungan dengan orang terdekat dan meningkatkan kualiti hidup.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak
PENGGUNA BIJAK, LABEL DISEMAK!
Tahukah anda bahawa LABEL pada produk makanan mempunyai pelbagai maklumat penting yang perlu kita tahu seperti kandungan nutrisi dan ramuan terutamanya bagi jika anda mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.
Jom semak label sebelum beli!
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berkuat kuasa 1 Mac 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata , seiring nama baharu berkenaan, peranan kesemua 911 pusat Nadi atau PEDi sebelum ini di seluruh negara, termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini, akan diperluas.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubungi pengurus NADI seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaan dilakukan dengan tertib dan baik. "Lebih daripada penjenamaan atau menamakan semula PEDi kepada NADI, ada beberapa aktiviti yang akan direncanakan semula. Contohnya kita akan tingkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat, selain menjadikan Nadi, pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan," katanya.
𝐆𝐄𝐋𝐎𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐁𝐀 adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.
Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.