Pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH.
Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
KKM tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa dalam laman sesawang Provihyredence Medical Associates baru-baru ini.
Gambar yang digunakan adalah tanpa kebenaran pihak KKM dan KKM tidak pernah memberikan kebenaran bagi menyiarkan artikel berkenaan.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak
Menurut kenyataan Bursa Malaysia :
Dengan menggunakan saluran Telegram, “scammer” menyalahgunakan nama dan logo Bursa Malaysia untuk memperdaya orang awam. “Scammer” kemudian mempromosikan skim cepat kaya dalam bentuk pelaburan untuk mendapatkan dana daripada peserta.
Bursa Malaysia sama sekali tidak mengiktiraf atau memberi kebenaran untuk aktiviti tidak berlesen seperti ini. Jika anda menemui saluran Telegram lain yang menggunakan nama Bursa Malaysia, semak dan sahkan dengan Pusat Khidmat Bursa Malaysia di talian +603-2732 0067, atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Anda juga boleh menyemak dengan Senarai Amaran Pelabur, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di http://sc.com.my/investor-alert sebelum melabur.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak
Waspada SMS Kononnya dari Pihak Touch ‘n Go.
Menurut kenyataan Touch ‘n Go:
Terdapat SMS baharu yang menyamar sebagai Touch ‘n Go. Sila ambil perhatian dan maklum bahawa SMS itu tidak sahih. Jangan klik pada pautan tersebut. PM (Private Message) Touch ‘n Go untuk semak sama ada SMS yang anda terima adalah sahih. https://sebenarnya.my/waspada-sms-kononnya-dari-pihak-touch-n-go/