Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR):
Ia boleh dibahagikan kepada 2 peraturan, iaitu:
Istilah Undi rosak banyak terpakai kepada kertas undi yang tidak dimasukkan dalam tempoh pengundian manakala istilah kertas undi ditolak pula berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.
Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981
Contohnya, kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan dalam peti undi. Ketika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari “Ketua Tempat Mengundi”
- - Kertas Undi Parlimen terkoyak
- - Kertas Undi DUN terkoyak
Peraturan 25(6)(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981
Ketua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan “ditolak” pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah.
Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi
- - Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi
- - Undi diberi lebih dari satu calon
- - Menulis perkataan pada kertas undi
- - Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
- - Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi
Dengan syarat bahawa jika seseorang Ketua Tempat Mengundi berpuas hati bahawa kertas undi itu telah dikeluarkan dalam suatu keadaan yang menjadikannya tidak sah di bawah peraturan ini oleh sebab sesuatu perbuatan atau peninggalan olehnya atau seseorang yang bertindak di bawah kuasanya, dan jika tidak kerana itu kertas undi itu adalah sah, Ketua Tempat Mengundi itu tidak bole menolak kertas undi itu.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) :
Pengundi tidak diwajibkan menggunakan pensanitasi tangan sebelum membuang undi pada hari pengundian.
Pihak SPR juga tidak menghalang seseorang pengundi daripada memasuki pusat mengundi selagi mana ianya tidak menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
Pengundi hanya akan dilarang masuk sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik di kawasan pusat mengundi.
Pihk SPR menyarankan orang ramai agar merujuk 10 langkah pengundian di laman sesawang dan media sosial SPR.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/
Tidak Pasti Jangan Kongsi
Klik Dengan Bijak