Apa Talian 997????
 
Talian 997 atau talian Pusat Respons Scam Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) diwujudkan bagi membolehkan orang awam segera melaporkan kes berkaitan penipuan siber. Talian 997 ini ditubuhkan pada 7 Oktober 2022 sewaktu pembentangan bajet 2022 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Talian ini adalah salah satu inisiatif bagi menangani kes-kes penipuan siber.
 
NSRC adalah sebuah pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), nstitusi-institusi perbankan serta syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa-mangsa penipuan siber.
 
Bagi membolehkan pihak NSRC mengambil tindakan yang berkesan khususnya untuk menyekat pengaliran dan pelupusan wang mangsa, mereka boleh terus menghubungi talian khusus bank masing-masing berkenaan laporan insiden penipuan siber (yang akan beroperasi 24 jam) atau talian NSRC iaitu 997 yang akan beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dari pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
 
Tindakan segera menghubungi pihak bank atau NSRC adalah sangat penting bagi membolehkan tindakan menyekat pengeluaran wang mangsa selanjutnya daripada sistem perbankan.
 
997

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tawaran yang menawarkan skim bantuan atau penghargaan khas melalui sms atau e-mel.

Jangan memuat turun atau kongsi pautan yang tidak ditentusahkan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seterusnya.

Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, anda dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada pihak polis atau merujuk kepada Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997.

 

Sub-kategori